Pengenalan
Demam Chikungunya adalah penyakit viral yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti.
Tanda dan Gejala
Masa inkubasi/peram demam chikungunya biasanya 3-7 hari. Gejalanya
adalah amat serupa dengan demam denggi, tetapi demam chikungunya jarang
diikuti oleh pendarahan atau sindrom shock (shock syndrome).
Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut:
- Demam
- Kesejukan
- Sakit kepala
- Letih
- Loya
- Muntah
- Sakit otot
- Ruam
- Sakit sendi.
Rawatan
Masa kini tiada ubat atau vaksin untuk rawatan demam chikungunya. Walau
bagaimanapun dengan banyak berehat, memakan makanan berzat, banyak
minum air dan mengambil ubat penahan sakit, boleh mengurangkan gejala
demam dan sakit badan. Jika anda mempunyai gejala tersebut di atas, anda
dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera
Pencegahan
Tip-tip semasa mengembara/bersiar
"Walau bagaimanapun jika anda masih mengalami demam, berjumpalah doktor
segera dan lakukan ujian darah. Jika ujian darah anda didapati positif
dengan virus ini, tinggal di dalam rumah untuk mengurangkan gigitan
nyamuk dan ini dapat mengelak bertambahnya rebakan jangkitan.
Di rumah cara pencegahan demam chikungunya ini adalah sama dengan demam
denggi. Pembersihan air takungan dalam pasu bunga, bekas bunga, saluran
bumbung dan tin minuman dapat mengelak pembiakkan pembawa nyamuk Aedes.
- Guna sapuan nyah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar, terutama semasa di siang hari.
- Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar.
- Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk
Semakan Akhir | : | 26 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Fuad Hashim |
Penyemak | : | Dr. Muhaini Othman |
--- SUMBER: myhealth.gov.my
No comments:
Post a Comment