Pengenalan
Demam kuning adalah satu penyakit teruk yang boleh membawa kematian. Ia
disebarkan oleh nyamuk aedes jenis aegypti yang menyebabkan demam
denggi di Malaysia. Nyamuk ini biasanya menggigit pada waktu siang.Virus
demam kuning adalah dari kumpulan keluarga virus flaviviridae. Kumpulan
virus ini mengandungi lebih 70 jenis yang berlainan di mana
kebanyakannya adalah virus bawaan serangga. Pathogen lain dari kumpulan
ini termasuk virus denggi, yang mudah didapati di kawasan tropika dan ia
menjadi penyebab jangkitan penyakit yang teruk dan kadar kematian
tinggi di Negara Asia Timur, Tengah serta Amerika Selatan.
Sijil Pelalian Demam Kuning adalah diperlukan dari pengembara yang
datang dari negara yang berwabak demam kuning. Pelancong-pelancong
berusia setahun ke atas yang datang dari kawasan endemic perlu
mengemukakan sijil tersebut enam hari sebelum ketibaan ke Malaysia.
Semasa Perhimpunan Kesihatan Dunia ke 58 pada tahun 2005, Pencegahan dan
Kawalan Demam Kuning adalah tindakan yang perlu dititikberatkan.
Walaupun penyakit ini belum pernah dicatatkan di Malaysia, risiko
penyakit demam kuning adalah tinggi memandangkan Malaysia mempunyai
faktor sediada seperti wujudnya nyamuk Aedes aegypti, monyet dan hutan
tropika. Virus demam kuning boleh dibawa oleh pelancong ke Malaysia atau
rakyat yang pulang dari melancong negara yang mempunyai wabak penyakit
ini dan tidak mengambil pelalian.
Tanda dan Gejala
Apabila berada dalam sistem tubuh, virus tidak memberikan sebarang
kesan dalam tempoh 3-6 hari (semasa proses eraman). Peyakit ini mepunyai
2 fasa/peringkat. Peringkat pertama adalah peringkat akut. Peringkat
kedua adalah peringkat keracunan toksid.
Gejala penyakit ini adalah menunjukkan keterukan yang berbeza daripada
Sindrom Influenza kepada sakit hepatitis atau demam berdarah. Gejala
peringkat akut termasuklah demam, pening kepala, menggigil, sakit otot,
loya dan muntah. Dalam kes yang luar biasa, denyutan nadi boleh menjadi
perlahan. Gejala ini akan hilang dalam masa 3-4 hari.
Walau bagaimanapun, dalam masa 24 jam selepas gejala ini muncul,
sebanyak 15% indivivdu yang dijangkiti berisiko mengalami peringkat
kedua-peringkat toksik. Sekiranya ini berlaku, gejalanya adalah seperti
demam, warna kuning pada kulit (jaundis-kerosakan pada hati), sakit di
bahagian abdomen dan muntah. Pendarahan dari mulut, hidung, mata
dan/atau perut (yang mana darah boleh didapati dari muntah dan najis).
Kerosakan buah pinggang juga boleh terjadi.
Sebanyak 20-50% pesakit yang mengalami fasa toksik ini mati dalam
tempoh 10-14 hari. Pesakit yang sembuh biasanya tidak mengalami
kerosakan besar pada organ dan akan mendapat perlalian kekal terhadap
penyakit sepanjang hayat.
Komplikasi
Kadar kematian akibat demam kuning boleh mencapai lebih dari 50%.
Rawatan
Tiada rawatan khusus untuk demam kuning. Walau bagaimanapun rawatan
perubatan yang berkesan boleh membantu pesakit berasa selesa. Kebanyakan
gejala boleh ditangani. Umpamanya demam boleh dirawat dengan
paracetamol. Rawatan rapi memberi manafaat kepada pesakit yang tenat
Pencegahan
Pengambilan Pelalian adalah sangat penting sebagai cara pencegahan
demam kuning. Bagi kalangan penduduk yang mempunyai tahap pelalian
rendah, langkah pengawasan dan pencegahan adalah satu keutamaan. Kawalan
rapi perlu bagi menggelak rebakan wabak. Mengawal pembiakan nyamuk
adalah langkah utama dan berkesan.
Pelalian mencegah demam kuning adalah cara paling berkesan untuk
mengelakkan penyakit dibawa masuk ke Malaysia oleh pelancong . Semua
pelancong dan rakyat Malaysia yang berusia lebih dari satu tahun, pulang
dari negara yang mempunyai wabak demam kuning perlu mengemukakan sijil
pelalian demam kuning. Kegagalan menunjukkan sijil pelalian demam kuning
akan menyebabkan mereka dikuarantikan selama 6 hari. Sijil pelalian
pencegahan demam kuning sah selepas 10 hari pelalian diberi dan berkesan
selama 10 tahun. Pelalian demam kuning boleh diperolehi di
Klinik-Klinik yang diiktiraf di Malaysia.
Semakan Akhir | : | 26 April 2012 | |
Penulis | : | Dr. Fuad Hashim | |
Penyemak | : | Dr. Muhaini Othman |
--- SUMBER: myhealth.gov.my
No comments:
Post a Comment