Oleh Muhamaad Razis Ismail
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Hilmi Yahya berkata, anggota
berkenaan akan membantu anggota kesihatan di negeri ini dalam menangani
masalah denggi.
Katanya, ini berikutan jumlah denggi menunjukkan peningkatan mendadak berbanding negeri lain.
"Dari Januari sehingga semalam sejumlah 6,740 kes denggi dilaporkan di seluruh Kelantan berbanding 820 kes dalam tempoh sama tahun 2013 iaitu meningkat 722 peratus.
"Oleh itu anggota tambahan diperlukan untuk membantu dalam menangani masalah denggi yang semakin serius di negeri ini," katanya selepas melawat pesakit denggi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini.

--- HARIAN METRO