gambar hiasan
Pengamal perubatan yang tidak melaporkan kes denggi yang
dirawat di fasiliti kesihatan masing-masing akan dikenakan tindakan
mengikut Seksyen 10, Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
1988, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata di bawah akta itu, semua pengamal perubatan bertanggungjawab melaporkan kes demam denggi kepada Pejabat Kesihatan yang terdekat dalam tempoh 24 jam.
"Kementerian Kesihatan memandang serius perkara ini kerana kegagalan melaporkan kes menyebabkan tindakan kawalan tidak dilakukan dan seterusnya menyumbang kepada penularan jangkitan yang berterusan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Liow berkata pada tahun lepas, enam pegawai perubatan hospital swasta di Petaling Jaya dikompaun RM1,000 seorang kerana gagal melaporkan kes demam denggi yang dirawat di fasiliti mereka.
"Kementerian Kesihatan mendapati 213 kes demam denggi dari daerah Petaling yang dirawat di hospital berkenaan pada tahun 2011 dan daripada jumlah tersebut, enam kes demam denggi tidak dilaporkan di mana-mana pejabat Kesihatan.
Tindakan yang serupa akan diambil terhadap mana-mana pengamal perubatan di klinik atau di hospital swasta atau kerajaan, sekiranya tidak melaporkan kes denggi yang dirawat mereka.
Liow berkata kementerian akan membuat pemantauan berterusan terhadap hospital dan klinik swasta atau kerajaan, bagi memastikan semua kes demam denggi dilaporkan ke pejabat kesihatan terdekat.
Beliau berkata dua kematian direkodkan dalam dua minggu pertama tahun ini dengan 921 kes.
- Bernama

No comments:
Post a Comment